Thursday, November 25, 2010

Alkisah Goyang Inul Bab 2

BAB 2

“Mana budak-budak ni?” kay sudah gelisah dan tidak tentu arah bila melihat yang ditunggu tak kunjung tiba.

“Entahlah, kata tunggu sini.” Qimi dah start melabuhkan punggung di kaki tangga Sogo. Perutnya sudah berkeriuk bernyanyikan lagi tudung periuk.

“Ehhh..nape kau duduk situ. Bangunlah.” Pinta Kay sambil menarik tangan Qimi bangun.

“Lahh, kenapa pula. Aku penat ni. Sandal Scholl aku ni buat hal lah pulak. Ni mesti nak kena ganti baru.” Rungut Qimi sambil menilik sandalnya yang berwarna coklat itu.

“Weiii! Bangunlah malu tau.” Marah Kay dan menarik tangan Qimi untuk membantunya bangun.

“Iyerlah! Aku bangun!” dalam gerak yang malas Qimi bangun juga.

“Qimi! Jom cepat kita lari.” Kay kelamkabut bersuara. Qimi yang dalam nada yang blur terpinga-pinga.

“Nape? Nape?” tanya Qimi sambil menarik kembali Kay.

“Kau tengok tu. Jomlah kita naik dulu. Cepatlah!” Kay mula melangkah.

“Iyerlah, Jom! Jom!” Beberapa Qimi memandang ke jalan raya. Kelihatan segerombolan anak dara dan mak-mak dara sedang kecoh hendak melintas jalan. Ada yang terjerit-jerit melihat kereta yang bertali arus. Dari jauh dah boleh dengar suara mereka. Smiley sedang memegang kuat tangan detox. Azure pula menarik-narik hujung baju Lyza sekenit itu. Mana kala aineana, hh dan merah silver berusaha untuk menahan kereta-kereta yang tidak mahu berhenti di Jalan TAR ini tetapi malangnya tiada siapa yang menghiraukan. Tiba-tiba seorang paparazzi berdiri ditengah jalan itu dan mendepang tangan sambil mengarahkan Lyza melintas dulu. Setelah Lyza melintas jalan barulah dibenarkan mak-mak dara dan anak dara melintas pula. Siapa jejaka yang memakai speck mata itu ek? Ketika Chengkeh dan bunick melintas dengan sopan santun, tak tahu dari mana mamat motor capchai itu muncul dan memeras kuat enjin motornya dan membuat chengkeh terlatah-latah di tengah jalan tersebut. Keadaan menjadi hingar bingar melihat keadaan cengkeh yang tak tentu arah.

“Opocot! Katak terlompat dalam kain!” entah kenapa ayat itu yang keluar. Bunick yang dari tadi tergamam cepat saja menarik Cengkeh ke tepi. Beberapa buah kereta dengan sepakat membunyikan hon bertalu-talu. Wajah bunick dah bertukar rupa.

“Kau ni kenapa cengkeh. Ada pulak melatah kat sini.” Marah Bunick sambil mengutil lengan Cengkeh.

“Aku tak sengajalah. Celaka punya mamat motor.” Cengkeh melempiaskan marahnya pada mamat motor pula.

“Dahlah cakap entah apa-apa, buat malu je. Dah jomlah.” Bunick belalu pergi diikuti oleh cengkeh. Yang lain sudah lama menghilangkan diri.

No comments:

Post a Comment